Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 6 July 2013

Friday 5 July 2013

[18SX] Kondom Sebagai Fesyen Baju Di Cina????...


Percaya atau tidak, kondom yang digunakan sebagai salah satu alat dalam melakukan hubungan seks telah digunakan oleh pereka fesyen untuk mencipta baju-baju mereka.

Kebanyakkan pereka-pereka baju di China berani mengketengah bakat mereka dengan menggunakan kondom sebagai elemen dalam pakaian.

Ada yang mereka pakaian dalam bentuk tradisional dan ada yang berupaya mereka satu pakaian untuk acara makan malam.

Tetapi, tidak tahu pula bagaimana samb utan pembeli terhadap pakaian-pakaian yang diperaga di atas pentas Catwalk.

Anda rasa?

Thursday 4 July 2013

Quikie : Nostalgia Nico, Elite, 4U2C, Kool & A to Z



Dlm Anugerah Media Hiburan 2003/2004 mereka di gambung kan kembali hanya sekadar mengigati zaman kegemilangan kumpulan rap di era 90an dulu seperti Nico,Elite,4U2C,Kool dan A to Z

Gua saja nak berkongsi lagu-lagu rap melayu retro tahun 90-an yang membesar dengannya...

bagi yang hidup zaman-zaman rap nie terkenang kembali kenangan zaman budak-budak dulu... enjoy...

Wednesday 3 July 2013

Lensa Niring 2 : Suasana Meriah Hari Terbuka Kementerian Kewangan... @ahmadmaslan @tunfaisal




Lensa Niring 1 : Suasana Hari Terbuka Kementerian Kewangan... @ahmadmaslan @tunfaisal




Gempar!!! Dewan Rakyat Dikejutkan Pendedahan Anwar Simpan RM209 Juta Di Luar Negara Termasuk Israel???


Dewan Rakyat pada Selasa dikejutkan dengan pendedahan Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) berhubung dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai 20 akaun bank di luar negara dengan jumlah simpanan mencecah USD66 juta (RM209 juta).

Jelas Liang, maklumat yang diperoleh menerusi internet seperti yang didedahkan oleh Wikileak itu turut mendedahkan bahawa kesemua akaun berkenaan dibuka di Amerika Syarikat, Israel, China dan Singapura.

Tambah Liang, menerusi data yang diperolehinya turut mengandungi maklumat terperinci termasuk nama, jawatan, nombor pasport, jenis akaun, nombor akaun, tarikh pembukaan dan tarikh pematangan simpanan tetap.

Tuesday 2 July 2013

Panas!!! Kerusi Pengerusi UMB, @tunfaisal Bakal Diganti Blogger @PapaGomo???


2013 merupakan tahun penting buat Umno. Selain pilihanraya Ke 13 yang menjadi perkara utama, agenda kedua besar ialah pemilihan Umno semua peringkat yang akan bermula pertengan bulan ini.

Ramai Ketua bahagia, ketua cawangan akan bertukar kepimpinannya. Yang menarik ialah sayap kiri dan kanan Umno seperti Pemuda, Putera, Puteri dan Wanita.

Putera, pemuda dan puteri akan menyaksikan perubahan besar, ini kerana had umur untuk berada dalam Pemuda,Putera dan Puteri akan berakhir apabila menlepasi 40 tahun

Dalam Pemuda KJ nampaknya masih ada ruang itu pun merupakan penggal akhir buat beliau. Timbalan Pemuda terpaksa bye bye kerana faktor usia.

Begitu juga Ketua Unit Media Baru Pemuda Umno iaitu Tun Faisal Ismail akan berakhir tugasnya kerana faktor usia.

Siapa lagi yang layak mengambil alih tempat beliau?

Jawapan TM dan Tun Faisal juga mungkin setuju jika TM mencadangkan kepada Pemuda Umno Malaysia supaya melantik Papa Gomo sebagai pengganti Tun Faisal untuk menerajui UMB Pemuda Umno Malaysia.

Sekian.

Sumber : Taiping Mali

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mesti Baca!!! Akademi Pemuda Bakal Saingi Akademi Fantasia AF??? @NajibRazak @KhairyKJ @AzwanBro @promelayu


Kalo sebut jer nama Akademi Fantasia yang sinonim dengan nama manja AF mesti satu Malaya tau apa dia terutamanya anak muda. Tapi kalo sebut Akademi Pemuda atau AP, gua rasa mesti ada yang kerut-kerut dahi. Kalo tanya kat anak-anak muda mau ada yang berbuih mulut kena sawan nak jawab.

Sebab itu kali nie gua nak perkenalkan kembali secara ringkas dahulu kepada seluruh pembaca apa itu Akademi Pemuda (AP) yang mana peranannya cukup signifikan dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang diketuai oleh Pengerusinya, sdr Khairul Azwan Harun yang juga Ketua Pemuda UMNO Perak.

PENGENALAN


AKADEMI PEMUDA ATAU SINGKATANNYA AP TELAH DIPERBADANKAN PADA 17 MEI 2002 MERUPAKAN SATU ENTITI BUKAN BERLANDASKAN KEUNTUNGAN YANG MENAWARKAN INPUT INTELEKTUAL DAN PENYELIDIKAN BAGI PEMUDA DEMI MEMPERJUANGKAN AGENDA PARTI UNTUK AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR, SELARAS DENGAN LIMA RUKUN PEMUDA


AP MEMPUNYAI 15 ORANG PEKERJA SUKARELAWAN YANG TERDIRI DARIPADA GOLONGAN PENDIDIK, PENYELIDIK, PROFESIONAL MUDA DAN BELIA

Monday 1 July 2013

Apa Perbadanan Putrajaya Buat Biar Saja Kiosk Perniagaan Tersadai???@NajibRazak @TanSriAseh @TengkuAdnanReal



Cuba korang tengok dua keping gambar tu. Gambar tu diambil di Medan Selera (FoodCourt) Presint 16, Putrajaya. Masa dan ketika gambar ini diambil bukan ketika cuti atau sebelah malam. Gambar ini diambil ketika tengahari buta.

Apa yang dapat kita lihat ialah deretan kiosk perniagaan yang terbiar tutup tanpa ada peniaga. Kiosk ini di bawah seliaan Perbadanan Putrajaya yang bertanggungjawab menyewakannya kepada peniaga.

Persoalannya kenapa kiosk ini kosong tidak berpeniaga? Adakah kerana lokasinya? Atau kerana sewanya yang tinggi dan mahal tidak mampu peniaga untuk menampung sewa bulanan?

Untuk artikel 1st round ni itu persoalan yang ditujukan kepada Perbadanan Putrajaya terutama kepada Presidennya, Tan Sri Aseh.

p/s : jawapannya adalah masalah sewa yang tinggi dan mengarut serta kontrak sewaan yang tidak masuk akal. Gua ada pengalaman ngeri berurusan dengan Perbadanan Putrajaya sewaktu adik gua nak sewa premis dalam Putrajaya tapi bukan di FoodCourt Presint 16 la.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 30 June 2013

Sketsa : Tips Lawak Tuan Guru Datang Awal Ke Masjid Setiap Pagi...


TIPS DATANG AWAL KE MASJID

Ada sorang penuntut ilmu melihat gurunya sangat awal datang ke masjid menunaikan solat Subuh. Setiap kali dia datang ke masjid pada awal pagi, dia akan mendapati gurunya sudah lebih dahulu sampai.

Maka si murid bertanya kepada gurunya : " Wahai Tuan Guru, bolehkah Tuan Guru beritahu kepada saya teknik dan resepi datang ke masjid awal?"


Maka Sang Guru menjawab soalan muridnya dengan bertanyakan soalan :

" Adakah kamu sudah berkahwin? "



Si Murid menjawab : 

" Belum Tuan Guru"


Maka Sang Guru lalu berkata : "Berkahwinlah "
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers