Jadilah Sahabat Kulaan...

peluang untuk anda masyuk!!!

Friday, 13 July 2012

Orang Utan Dipaksa Berhenti Merokok...


Seekor orang utan yang menjadi tarikan utama sebuah zoo di Indonesia kerana gemar menghisap rokok akan dipaksa meninggalkan ketagihan itu.

Penyelaras Pusat Perlindungan Orang Utan, Daniek Hendarto, berkata pengunjung zoo mula melempar rokok yang siap dinyalakan ke kandang orang utan betina itu ketika ia baru berusia lima tahun.

Disebabkan amalan itu, orang utan bernama Tori - kini berusia 15 tahun- mula ketagih menghisap rokok. Kata Daniek, pihaknya bekerjasama dengan pengurusan untuk memindahkan Tori ke sebuah pulau terletak di tengah tasik zoo berkenaan. 

“Dengan cara itu, Tori tidak lagi dapat bekalan rokok daripada pengunjung,” katanya. Menurut Daniek, disebabkan orang utan amat mudah meniru perbuatan manusia, ibu bapa Tori juga merokok. 

Berita mengenai Tori tersebar pantas 10 tahun lalu, sekali gus mendorong orang ramai mengunjungi Zoo Taru Jurug di Solo.

Kata Daniek, sementara menunggu kelulusan daripada pentadbiran zoo terbabit, Tori kini ditempatkan di sebuah kandang khas dan menjalani terapi untuk mengekang ketagihannya.

Artis-artis Dipergunakan Untuk Perjuangan Lapok Mmenentang Keselamatan Negara.. @abby_abadi112 @hairieothman


Kasihan pula melihatkan artis-artis yang baru nak bertatih dalam dunia politik yang penuh pancaroba ini. Sungguh-sungguh mereka ini dipergunakan oleh PAS untuk kepentingan politik.

Perkara-perkara asas yang telah pun mengalami proses pencerahan cuba diungkit-ungkit semula. Berapa lama mereka mengkaji akta keselamatan dalam negeri selama mereka bergelar artis? Berapa lama pula mereka mengetahui perkara tersebut setelah menjadi ahli politik?

Semua fakta hanya mereka kutip dan dengar dari pemimpin-pemimpin totot PAS yang penuh dengan fitnah dan penipuan. Rasanya, inilah cara PAS mahu beri proses orientasi kepada ahli-ahli barunya... Mulakan dengan protes lapok, sedangkan PAS sendiri sudah tahu perkara ini tidak lagi perlu diungkit!

Media Kedah mengulas mengenai kebobrokan artis-artis ini kononnya mereka lebih mengetahui dari orang lain!

Memang Lawak la bila pemimpin-pemimpin PAS dah tak mampu nak menarik perhatian orang ramai depa dah guna artis yang dipinggirkan peminat untuk menarik perhatian untuk menyokong PAS.

Terbaru 3 artis yang dah tak populor digunakan PAS menarik perhatian orang sekeliling untuk menyertai demonstrasi bantahan ISA yang diadakan di Kem Kemunting Taiping Perak (KEMTA).

Dalam demonstrasi berkenaan Abby Abadi yang sebelum ini pernah memegang watak anggota polis di dalam beberapa drama dan filem di Malaysia mempersoalkan slogan Polis Malaysia Mesra, Cepat dan Betul dan Hairie Othman yang pernah memegang watak Leftnan Adnan dalam filem Leftnan Adnan menyatakan Akta ISA adalah akta Zalim.

Ternyata sekali tindakan Abby Abadi mempersoalkan slogan Polis adalah tidak wajar. Ini menunjukan Abby Abadi tidak pernah menjiwai peranan polis ketika memegang watak sebagai anggota polis ketika berlakon sebelum ini dalam drama dan filem.

Sekiranya Abby dan Hairie menjiwai watak anggota keselamatan yang mereka lakonkan pasti mereka berdua akan memahami apa itu fungsi anggota keselamatan di dalam menjaga keselamatan Malaysia yang tidak pernah orang lain hadapi. Sebagai satu badan berunifom yang dipertanggungjawapkan oleh rakyat Malaysia menjaga keselamatan mereka memikul satu tanggungjawap yang cukup besar demi memastikan rakyat Malaysia dapat tidur dengan nyenyak, dapat hidup dalam keadaan aman yang tidak di ancam dan menjaga keharmonian setiap masyarakat di dalam ancaman dari pihak yang cuba menghuru-harakan keamanan Malaysia.

Apakah sebelum menyertai demonstrasi itu, Abby dan Hairie tak muhasabah diri dahulu ka sebelum terikut mainan politik kotor pakatan haram?

Siapa Abby dan Hairie mahu mempertikai tanggungjawap yang rakyat telah berikan kepada polis untuk menjaga keselamatan mereka?

Kenapa pakatan haram yang mempertikai ISA mengapa tidak majoriti rakyat Malaysia? (minta muhasabah diri)

Apa yang di lakukan Pakatan Haram hanyalah kepentingan politik semata-mata. Sekiranya Abby dan Hairie masih belum mempercayai apa yang di perkatakan, Pisau Kedah syorkan Abby dan Hairei berjumpa dengan seorang bekas hard core perjuang PAS yang pernah di tahan di bawah akta Isa, Cikgu Zainol penulis buku Air Mata Bumi Memali, buku yang di haramkan kepada ahli PAS untuk membacanya sehinggakan darahnya telah di halalkan PAS setelah membongkar penipuan individu pemimpin dalam PAS.

Selain penulis buku Air Mata Bumi Memali, Cikgu Zainol pernah menjadi penulis Harakah, Ketua Pemuda PAS Padang Terap dan pernah menjadi Exco Pemuda PAS Kedah. Cikgu Zainol juga pernah berjuang di Afghanistan sehingga digelar perjuang muhajidin.

Klik sini kalau Abby dan Hairie nak tahu serba sikit tentang Cikgu Zainol.

Cikgu zainol rasanya boleh memperjelas bagaimana dia di tangkap di bawah akta ISA, apa kesalahannya, bagaimana peranan pakatan haram di dalam keadaan keselamatan negara secara terperinci.

Abby dan Hairie kalau nak cari Cikgu Zainol, carilah di Kedah, sekitar Sik. Itu pun kalau raya diri ikhlas dalam perjuangan rakyat dan bukannya kepentingan diri dalam politik. Tetapi harus diingat Abby dan Hairei kena cari sendiri kerana pemimpin PAS Kedah tidak akan membawa Abby dan Hairei berjumpa dengan Cikgu Zainol.

Thursday, 12 July 2012

Suami Pas Cerai Isteri Tersayang Hanya Kerana Isteri Jadi Ahli UMNO...


KOTA BHARU – Hanya kerana tidak menyokong fahaman politik suami, seorang guru mengajar al-Quran dekat sini diceraikan, semalam.

Proses penceraian ke atas wanita itu, Cik Yah (bukan nama sebenar), 60, berlangsung di Mahkamah Syariah.

Menceritakan kisah yang menyedihkan itu kepada Sinar Harian, Cik Yah, seorang ahli Umno yang aktif di kawasannya, memberitahu beliau mendirikan rumah tangga dengan lelaki itu, Awang (bukan nama sebenar), dalam lingkungan 70-an, kira-kira 15 tahun lalu, atas dasar suka sama suka.

Menurutnya, ketika itu Awang, seorang penyokong Pas, tidak kisah dengan fahaman politik yang dipegangnya, tetapi beliau mengambil keputusan melepaskan jawatan yang dipegang dalam Wanita Umno bagi menghormati pendirian suami.

“Bagaimanapun, awal bulan lepas, kami bergaduh besar. Ia berlaku selepas saya menghadiri majlis cabutan bertuah yang diadakan di Tanah Merah.

“Saya tidak tahu pun bahawa (bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr) Hasan Ali hadir dalam majlis tersebut,” katanya.

Hasan, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, dipecat daripada Pas pada 8 Januari lalu kerana mengkritik parti secara terbuka.

Menurut Cik Yah, selepas beliau memaklumkan perkara itu kepada suaminya, suaminya mula mempertikaikan tindakannya turut berada di majlis yang sama.

Pergaduhan bermula di situ dan akhirnya, Awang memfailkan penceraian di mahkamah pada 24 Jun lalu.

Mereka pernah berkahwin sebelum ini dan tidak mempunyai anak.


Cik Yah mendakwa beliau tidak pernah menghalang Awang menyertai mana-mana ceramah politik dan kecewa kerana suaminya pula mengugutnya hanya kerana beliau menghadiri satu ceramah yang dihadiri bekas pemimpin Pas.

Katanya, beliau sudah banyak kali berjumpa dengan imam di kawasan itu mengenai pertelingkahan dengan suaminya dan mendapatkan nasihat bagaimana hendak menyelamatkan rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, katanya, perkahwinan mereka tidak dapat diselamatkan kerana suaminya terus mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati dan membuat keputusan untuk failkan cerai di Mahkamah Syariah.

Cik Yah mendakwa sikap bekas suaminya ini berubah menjadi terlalu sensitif dan panas baran apabila berhadapan dengan perkara berkaitan politik selepas sering menghadiri ceramah politik, yang diadakan setiap hujung minggu, di beberapa tempat di kawasan kediaman
mereka.

Beliau syak Awang dihasut rakan-rakan yang berjaya membawa ahli keluarga masing-masing menyokong Pas, sehingga Awang berasa tercabar dan mengambil tindakan menceraikannya kerana perbezaan fahaman politik.

“Sebelum memfailkan cerai, bekas suami saya berkata dia tidak mahu lagi tinggal di rumah bersama saya, tetapi mahu berpindah ke rumah anak-anaknya, yang terletak hampir satu kilometer daripada rumah kami.

“Tindakannya itu menguatkan lagi telahan saya bahawa dia sudah tidak sayangkan saya lagi, sebaliknya mengutamakan politik daripada isteri sendiri,” katanya.

Teguran Finaz Yunuz Kepada Abby Abadi Membuatkan Peminat Masing-masing Menyirap???... @abby_abadi112


"Bagi saya simple jer, kalau Abby Abadi tak nak terus diserang, dihina orang.. Dia pun kena STOP serang, hina, keji org lain atau pun STOP keji orang UMNO... Sudah bertudung labuh, masuk Parti Islam bukan LESEN untuk MENGHINA orang lain.. Tak boleh ke BERCERAMAH POLITIK TANPA MENGHINA ORANG!!! Tolonglaah, nampak sangat menyimpang niat dalam hati tu..." - Finaz Yunus, Pengacara TV AlHijrah.

sebahagian drp komen penyokong
twitter Abby Abadi

komen-komen peminat masing-masing
di facebook

Wednesday, 11 July 2012

Tun M: Nik Aziz Tak Terjejas Walaupun Salah Guna Agama Kerana Politik...


Ketaksuban kepada kepimpinan lebih daripada ajaran Islam yang terdapat dalam al-Quran boleh menjurus kepada perpecahan dan kelemahan umat Islam, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dengan menjadikan situasi di Kelantan sebagai contoh, Dr Mahathir berkata, beliau diberitahu tidak ada kemungkinan Barisan Nasional (BN) menang di negeri itu pada pilihan raya umum kerana penduduk Kelantan begitu taksub dengan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dalam entri terbaru bertajuk 'Asabiah' yang disiar dalam blognya, beliau berkata, demikianlah ketaksuban ini sehingga apa sahaja yang didakwa oleh Nik Aziz berkenaan agama Islam, maka orang Kelantan akan menerimanya bulat-bulat sebagai benar dan menepati ajaran Islam.

"Orang Islam yang berfikiran waras tentu menolak dakwaan Nik Aziz bahawa mengundi Pas akan mendapat pahala, bahkan menjamin syurga di akhirat. Tetapi nampaknya majoriti rakyat Kelantan, sama ada mereka terima dakwaan ini atau tidak, terus setia dan menyokong kepimpinan Nik Aziz.

"Kemenangan Pas di Kelantan dan di tempat-tempat lain membuktikan kepimpinan Nik Aziz tidak terjejas walaupun jelas menyalah guna agama untuk politik duniawi," kata Dr Mahathir dalam artikel itu.

Dr Mahathir berkata, ada orang yang berpandangan tidak ada gunanya ulama lain atau mufti menolak dan menidakkan dakwaan Nik Aziz kerana orang Kelantan tetap akan percaya pendapatnya juga.

"Jika ada yang ragu sekalipun, mereka tidak akan menyatakan keraguan mereka," katanya.

Beliau menarik perhatian bahawa dahulu, kerjasama melibatkan Umno dengan orang bukan Islam didakwa bertentangan dengan ajaran Islam.

Tetapi sekarang Pas di bawah kepimpinan Nik Aziz bukan setakat bekerjasama dengan bukan Islam malah sanggup bekerjasama dengan orang yang menolak dengan keras dan secara terbuka hasrat Pas untuk mendirikan Negara Islam dan melaksana hukum hudud, katanya.

"Saya masih ingat semasa kita bangunkan Putrajaya (pusat pentadbiran kerajaan persekutuan), Nik Aziz mendakwa apabila Pas memerintah negara ini, kerajaan Pas akan lelong Putrajaya.

"Hari ini lain pula bunyinya. Pas berjuang untuk ke Putrajaya sebagai pemerintah," kata Dr Mahathir.

Tuesday, 10 July 2012

Gaya Hidup Bontot Tonggek Punca Tubuh Menawan Membawa Maut...


Individu yang terlalu taksub kecantikan dinasihat menggunakan cara lebih efektif mendapatkan kulit serta tubuh badan sihat dan menawan, berbanding melakukan pembedahan dan suntikan hingga memudaratkan.

Pakar Psikiatri Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof Dr Hussain Habil berkata, antara pendekatan yang diamalkan tidak merokok, bersenam, mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang, selain memperbanyakkan aktiviti riadah.

“Cara ini lebih selamat dan berkesan. Sayangnya, ramai terlepas pandang serta mentaliti masyarakat kita yang sentiasa mahukan benda segera dan tidak bersabar.

“Lumrah dunia, ramai mahu kelihatan sentiasa muda, namun fitrah semula jadi, kita pasti akan tua. Cuma ada cara lebih efektif untuk melambatkan penuaan,” katanya.

Beliau berkata, suntikan ke dalam anggota tubuh boleh memudaratkan jika si pemakai tidak tahu isi kandungan sebenarnya.

“Kajian membuktikan suntikan vitamin mahupun kolagen mampu membuatkan buah pinggang rosak, di samping berisiko mendapat kanser kulit.

“Ini kerana kandungan bahan kimia pada cecair itu berbahaya. Kita ada kala tidak tahu berapa peratus kandungan kolagen sebenar atau tiruan dalam cecair yang bakal disuntik pada wajah atau badan.

“Ia bukan saja memudaratkan, malah membuang duit, masa dan tenaga,” katanya Beliau mengulas tindakan segelintir individu yang semakin ligat membuat suntikan dan pembedahan, termasuk di punggung, bagi mendapatkan tubuh badan menawan tanpa memikirkan risiko bakal ditanggung.

Lagi Video Insiden Amukan DI JPM Putrajaya!!!...



Siapa sebenarnya yang mengamuk di Putrajaya itu? 

Beliau adalah Khalil Afandi Hamid, pengganggur berusia 47 tahun dari Petaling Jaya bersama pasanganya berusia 28 tahun, bekas pelajar UIA tumpas setelah mengamuk di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri.

Mereka menceroboh bangunan JPM tersebut sambil membawa pedang samurai.

Lelaki tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.

Apa pun belum apa-apa lagi, penyokong tegar pembangkang sudah menjadikan isu ini sebagai isu politik dan menuduh yang bukan bukan terhadap kerajaan.

Mat Rempit Nak Gegar NZ Garden KLCC Malam Nie? Biar Betul Der?... #LepakSantai #RempitUnited @Nor4Danish @ADPadiputra




Nora Danish confirm datang der.....

Adi Putra & Nabil juga ada di sana...


Jom beramai-ramai datang ke Lepak Santai Rempit United untuk mendengar sendiri pengalaman Adi Putra dan Nabil yang ber"EVOLUSI" daripada Mat Rempit menjadi artis yang terkenal dan berjaya.

Nora Danish juga datang bagi memberi "moral support" kepada lu orang Mat Rempit untuk ber"EVOLUSI" macam gua yang dah tinggalkan dunia rempit dan masuk ke dunia baru, dunia bloggosfera di alam maya.

Kalo lu orang nak jadi "stuntman", lu orang boleh dapat pengalaman secara 'direct' daripada stuntman berjaya. Siapa dia? Lu orang kena datang sendiri untuk mengetahuinya.

T-shirt percuma bagi 100 pendaftaran pertama akan diberikan dan tidak lupa juga cabutan bertuah kepada pengunjung bertuah berupa 4 unit tepon Samsung SII dan banyak lagi aktiviti menarik. Bila dan di mana?

Tarikh : 10 Julai 2012 (Selasa... hari nie la...)
Masa : 9.30 - 11.30 malam
Lokasi : NZ Garden KLCC (depan KLCC, sebelah Public Bank Jalan Yap Kuan Seng)

Jumpa di sana der...... vroom... vroom...

Monday, 9 July 2012

Betul Ker 2 Individu Yang Menyerang JPM Terpengaruh Dengan Ideologi Pakatan Pembangkang "Menuju Ke Putrajaya"???

Hari ini negara dikejutkan dengan berita dua individu menyerang Jabatan Perdana Menteri (JPM) Blok B Bersebelahan Pejabat PM dengan menggunakan pedang samurai.
Tindakan gila ini dihalang oleh pihak polis yang bertugas menjaga JPM setelah amaran diberikan kepada kedua-dua individu tersebut agar tidak meneruskan tindakan gila mereka. Seorang individu lelaki ditempak di lengan manakala individu wanita ditembak di kaki. Kedua-duanya dihantar ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan.
Menurut laporan berita TV3 jam 8.00 malam tadi, individu lelaki dilaporkan meninggal dunia akibat pendarahan berterusan. Kematian individu ini pasti memberi peluang kepada pembangkang untuk menghentam kerajaan dengan perbagai spekulasi dan persepsi.
Apa yang gua mahu persoalkan apakah rasionalnya tindakan kedua-dua individu ini menyerang bangunan kerajaan. Sudah gilakah mereka? Sudah tidak waraskah mereka ini? Adakah mereka ini terpengaruh dan taksub dengan ideologi pakatan pembangkang yang mahu menawan Putrajaya? Adakah ini caranya untuk menukar kerajaan seperti yang diterapkan pembangkang.
Semua ini masih menjadi tanda tanya dan misteri yang masih belum terungkai. Nasib baik satu lagi individu masih bernyawa untuk menceritakan segalanya. Sudah pasti kita ternanti-nantikan apakah hasil siasatan pihak polis terhadap individu kedua mengenai motif sebenar tindakan mereka.
Gua pasti motif disebalik tindakan tidak rasional ini pasti dipengaruhi oleh anasir-anasir negatif dan subversif. Tak mustahil juga jika gua katakan mereka ini sudah terlalu dipengaruhi oleh ideologi "Menuju Ke Putrajaya" yang di bawa pembangkang kepada penyokongnya sehingga menbawa kepada tindakan luar kawalan dan tidal rasional ini.
Gua juga amat yakin peristiwa ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak pembangkang bagi menghasut rakyat dengan tohmahan dan fitnah bahawa kerajaan sekarang ini adalah kerajaan yang zalim.
Nasihat gua kepada mereka di luar sana agar berfikirlah secara waras dan rasional dengan menggunakan akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah swt.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Puaka Niring : Rupa Makhluk Asing Menyerupai Obor-obor...


Tanggapan masyarakat terhadap rupa makhluk asing yang biasanya dilabelkan berwarna hijau sama sekali meleset.

Pakar Satelit Britain, Maggie Aderin-Pocock berkata, rupa makhluk asing adalah seperti obor-obor gergasi dan berwarna oren.

"Ia seperti obor-obor besar, lengkap dengan dermatologi, bentuk seperti bawang dan mempunyai perut berwarna oren," katanya yang merakamkan imej itu melalui kamera satelit.

Katanya, warna oren bertindak sebagai penyamaran, manakala bahagian berbentuk bawang berfungsi sebagai alat apungan.

“Makhluk ini tidak akan hidup di dalam laut, tetapi di atmosfera planet seperti Musytari, di mana ia boleh terapung,” katanya.

Tun M : Asabiah Dan Taksub Dengan Pemimpin Politik....


KITA hairan bagaimana ada orang Islam yang begitu sekali menyanjung tinggi pemimpin mereka sehingga sanggup minum air basuh kaki mereka ini. Tetapi inilah yang berlaku apabila terlalu taksub kepada pemimpin.

Saya diberitahu tidak ada kemungkinan Barisan Nasional menang di Kelantan kerana penduduk Kelantan begitu taksub dengan Nik Aziz. Demikianlah ketaksuban ini sehingga apa sahaja yang didakwa olehnya berkenaan agama Islam maka orang Kelantan akan menerimanya bulat-bulat sebagai benar dan menepati ajaran Islam.

Kata orang ini, tidak ada gunanya ulama lain atau mufti menolak dan menidakkan dakwaan Nik Aziz, orang Kelantan tetap akan percaya pendapatnya juga. Jika ada yang ragu sekalipun, mereka tidak akan menyatakan keraguan mereka.

Orang Islam yang berfikiran waras tentu menolak dakwaan Nik Aziz bahawa mengundi Pas akan mendapat pahala, bahkan menjamin syurga di akhirat.

Tetapi nampaknya majoriti rakyat Kelantan, sama ada mereka terima dakwaan ini atau tidak, terus setia dan menyokong kepimpinan Nik Aziz.

Kemenangan Pas di Kelantan dan di lain-lain tempat membuktikan kepimpinan Nik Aziz tidak terjejas walaupun jelas menyalah guna agama untuk politik duniawi.

Demikian jugalah dengan lain-lain kenyataan dan sikap yang lari jauh dari ajaran Islam saperti menidakkan keIslaman orang yang tidak menyertai atau menyokong Pas.

Dahulu kerjasama antara Umno dengan orang bukan Islam didakwa bertentangan dengan ajaran Islam.

Sekarang Pas di bawah kepimpinan Nik Aziz bukan setakat bekerjasama dengan orang bukan Islam tetapi juga sanggup bekerjasama dengan orang yang menolak dengan keras dan secara terbuka hasrat Pas untuk mendirikan Negara Islam dan melaksana hukum hudud.

Bekas Dewan Ulamak Pas Bakal Dimaki Penyokong Pas Sendiri...


Namanya Dato Mat Daud yang juga bekas Dewan Ulamak Pas Kelantan. Dia amat kesal dengan agenda Pas yang kini banyak berangan untuk ke Puterajaya dari sebarkan Islam yang sebenar.

"Pas kini banyak terpesong dari perjuangan aAsalnya bila dicucuk hidung oleh Kominis DAP". Moga-moga skuad dan Ulamak Pas tidak terus makinya bila keluarkan kenyataan begini. 

Budaya maki dan keji memang sebati dengan PASsesat.  

Takbirrr...

Sunday, 8 July 2012

Puaka Niring : Misteri Cicak Spiderman Ditemui Di Kenya...


Sepasang suami isteri berjaya merakamkan cicak Spideman atau nama saintifiknya, Mwanza Flat Headed Agama ketika menghadiri bengkel fotografi di Taman Negara Masai Mara di Kenya, minggu lalu.

Cassio Lopes bersama isterinya Alessandra hampir tidak percaya apabila spesies cicak yang berasal dari Afrika itu muncul mendekati mereka.

Menurut Lopes, cicak itu hanya pernah dilihat di dalam komik popular Spiderman.

"Cicak itu mempunyai warna di dada, lengan dan kaki, ia menyerupai cicak dalam animasi Spiderman dan hanya melekat pada batu berhampiran sungai," katanya.

Yuna Dalam Filem John Travolta???...


YUNA sekali lagi mengharumkan nama negara, apabila lagu covernya, Here Comes The Sun, nyanyian asal kumpulan legenda, The Beatles, menjadi pilihan produksi antarabangsa sebagai lagu tema untuk filem terbaru lakonan John Travolta yang berjudul Savages, arahan Oliver Stone.

Kehebatan Yuna sebagai penyanyi harus menjadi contoh kepada semua artis di negara ini. Buktikan bakat dan kemampuan, bukannya kontroversi semata-mata!

Khas Buat Abby Abadi & Hairie Othaman : Ini Bukti Pas Tak Nak Negara Islam... @Abby_Abadi112 @hairieothman





Harap Abby dan Hairie menggunakan akal yang Allah kurniakan untuk berfikir sama ada apa yang mereka mahukan itu betul-betul kerana mahu mendekatkan diri dengan Allah dan ajaran Islam atau kerana nafsu kepentingan politik sempit...

MAZA : Mereka Paling Mencegah Kezaliman Raja...


‘Mereka paling mencegah kezaliman raja-raja’ adalah perkataan sahabah Nabi s.a.w ‘Amr bin al-‘As ketika mengulas tentang kelebihan bangsa Rome ataupun bangsa Eropah ini. Saya teringatkan perkataannya apabila tiga hari lepas (Selasa 3 Julai) saya terbaca dalam Akhbar Daily Mirror kritikan dan pendedahan mengenai belanja perjalanan keluarga DiRaja Britain. Dengan tajuk ‘Royal Family’s travel bill set rise higher’. Setiap anggota keluarga yang berbelanja dengan wang Negara didedahkan. Perjalanan mereka dan berapa wang negara yang telah digunakan seorang demi seorang. Antaranya Daily Mirror laporkan: “July 2011 Prince William and Kate spent £54,410 returning from LA with their staff of seven after touring Canada and California. A source said they paid business class fares for first class flights”.

Banyak lagi pendedahan yang dibuat sebagai bantahan ke atas keluarga Diraja itu menggunakan wang awam. Walaupun kadangkala yang digunakan itu kelihatan tidaklah begitu besar. Peningkatan belanja Queen Elizabeth juga dipertikaikan. Padahal jika kita teliti Queen British itu membayar cukai harta seperti rakyat yang lain. Namun, sikap adil dan demokratik membolehkan rakyat mengetahui dan menyemak sesiapa sahaja yang terbabit dalam salahguna wang awam. Laporan itu menyimpulkan “The figures mean she (The Queen) costs the British population 52p per head, excluding the cost of her security and police protection”.

Walaupun kadangkala difikir jumlahnya tidaklah banyak dibandingkan kekayaan mereka dan jasa keluarga Diraja Britain dalam sejarah kemakmuran negara mereka. Namun, demikianlah sikap rakyat yang tidak feudal dan merdeka jiwa mereka. Mereka berhak mengetahui bagaimana wang negara mereka dibelanjakan. Maka jangan hairan jika mereka sentiasa lebih baik dari segi hak rakyat dan pengurusan dana awam negara. Kebebasan akhbar juga tidak dihalang dalam membuat laporan yang seperti itu. Malanglah, jika ada negara di dunia ini yang begitu meniru gaya baju dan style British dalam upacara rasmi tetapi tidak memberikan hak bersuara kepada rakyat seperti yang British berikan pada rakyatnya.

Bangsa Eropah

Hal inilah yang mengingatkan saya kepada ulasan sahabat Nabi s.a.w iaitu ‘Amr bin al-‘As apabila mendengar seorang sahabat yang lain iaitu al-Mustawrid al-Qurasyi meriwayat sabda Nabi s.a.w “Berlakunya Kiamat dan Rom merupakan manusia terbanyak” (Riwayat Muslim). Maksudnya, sehingga berlaku Kiamat, bangsa Eropah akan kekal dengan jumlah dan kekuatan mereka. Rom ataupun bangsa roman adalah bangsa Eropah hari ini. Mendengarkan hadis tersebut, ‘Amru bin al-‘As sebagai seorang yang berpengalaman dengan pelbagai bangsa pada zaman tersebut mengulas dengan berkata kepada al-Mustawrid: “Jika kamu sebut demikian, sesungguhnya pada mereka ada empat ciri yang baik. Pertama; mereka paling santun (forbearing) ketika dalam bahaya. Kedua; Mereka paling pantas bangkit selepas bencana. Ketiga; Paling cepat menyerang balas musuh. Keempat; Mereka paling baik untuk anak yatim, orang miskin dan orang lemah kalangan mereka. Tambahan kelima, satu ciri yang baik lagi indah; mereka golongan yang paling mencegah kezaliman raja-raja”.

Dalam ucapan ‘Amr bin al-‘As, tergambar bahawa beberapa ciri penting untuk menjadi satu masyarakat ataupun negara yang kuat. Pertamanya, kebijaksaan politik dalam menangani krisis. Kedua, kemampuan untuk bangkit setelah jatuh dalam kegawatan. Ketiga, kekuatan ketenteraan. Keempat, kebajikan rakyat. Kelima, keadilan siasat yang menghalang segala kezaliman terutama kezaliman golongan penguasa.

Merenung hadis dan ucapan ‘Amr bin al-‘As ini, dapat kita lihat kekuatan dalam kehidupan masyarakat Barat ini sekalipun banyak perkara yang kita mungkin tidak bersetuju dengan mereka. Ciri-ciri kebaikan dan kekuatan yang disebutkan ‘Amr bin al-‘As dapat kita lihat dalam pengurusan mereka yang lebih baik dibandingkan masyarakat lain termasuk masyarakat muslim hari ini. Sikap mereka dalam mencegah kezaliman penguasa lebih baik dari masyarakat lain yang feudal. Royal Family mereka sekalipun berjasa dalam sejarah, namun hari ini tidak dibiarkan bertindak tanpa boleh dipertikaikan. Dengan itu masyarakat mereka hidup dengan penuh keyakinan terhadap hak dan suara mereka. lihatlah di dunia Islam apabila ada golongan bangsawan yang boleh mengaut segala kekayaan minyak, balak, gas, tanah dan segala harta awam rakyat tanpa siapa boleh mempertikaikan. Bahkan yang mempertikai pula yang dihukum. Padahal jasa golongan bangsawan negara-negara orang muslim sukar hendak disenaraikan dalam sejarahnya dibanding monarki British.



Agamawan Sengat

Malang sekali, muncul pula golongan agama yang samada jahat, ataupun jahil terhadap maksud agama dalam membebaskan manusia dari penghambaan zahir dan batin kepada menjadi hamba ALLAH yang merdeka jiwanya. Lahir golongan literalist yang meletakkan nas-nas agama secara terpisah dan sengat dari maksud keseluruhan agama ini sehingga mendiam kezaliman penguasa dan membantah suara rakyat yang ditindas. Mereka inilah yang berfatwa mempertahankan Muammar Qadafi, Hosni Mubarak dan regim yang masih hidup iaitu Bashar al-Asad. Mereka sibuk menghalang rakyat bersuara, tetapi tidak sibuk ‘berforum, berwacana, ataupun berseminar’ menghalang penguasa merakusi hak rakyat. Mereka mendakwa ini pegangan salaf (generasi awal Islam), seakan golongan salaf itu banteng kepada regim-regim yang zalim. Merekalah yang sebenarnya menghina dan berdusta atas nama salafussalih. Mereka lupa, bahawa Muawiyah bin Abi Sufyan sekalipun memberi ruang membantah dan bersuara kepada rakyat.

Dalam riwayat at-Tabarani, dengan sanad yang hasan: “Muawiyah bin Abi Sufyan r.a (khalifah ketika itu) menaiki mimbar pada hari Jumaat, dia berkata dalam khutbahnya: “Harta ini (kerajaan) adalah harta kami, dan harta fai (yang diperolehi melalui peperangan) juga harta kami. Kami berikan kepada sesiapa yang kami mahu, dan kami tidak berikan kepada sesiapa yang kami mahu”. Tiada seorang pun yang menjawabnya.

Apabila tiba jumaat yang kedua, dia mengucapkan perkara yang sama. Tiada siapa pun menjawabnya. Pada jumaat yang ketiga dia berkata perkara yang sama, lalu seorang lelaki yang hadir dalam masjid itu bangun dan berkata: “Sama sekali tidak! Harta ini adalah harta kami (rakyat) dan fai ini adalah fai kami (rakyat). Sesiapa yang menghalang antaranya dengan kami, kami hukumnya dengan pedang-pedang kami”.

Apabila selesai solat, Muawiyat memerintahkan lelaki itu berjumpa dengannya. Orang ramai berkata: “Habislah dia”. Kemudian orangramai masuk dan mendapati dia duduk bersama Muawiyah di atas tempat duduknya. Muawiyah berkata kepada orang ramai: “Dia ini telah menghidupkanku (memberikan kebahagian), semoga ALLAH menghidupkannya. Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan ada pemimpin-pemimpin selepasku, mereka itu bercakap tiada siapa pun yang menjawab mereka. Mereka itu terjun ke dalam neraka seperti kera terjun”.

Kata Muawiyah: Aku bercakap pada jumaat pertama, tiada siapa pun menjawabku, maka aku takut aku termasuk dalam kalangan mereka. Kemudian pada jumaat yang kedua, tiada siapapun menjawabku, maka aku pun berkata: “Aku termasuk dalam kalangan mereka”. Aku bercakap pada jumaat ketiga lelaki ini bangun menjawabku. Dia hidupkan (bahagiakan) daku, semoga ALLAH menghidupkannya”.

Dunia bergembira dengan kemenangan Presiden Mesir yang baru Dr Muhammad Mursi. Saya mengikuti ucapan demi ucapannya. Ucapannya melambang nilai Islam yang ada dalam dirinya. Islam itu asas pemikirannya. Saya tidak mengharapkan banyak, saya harap beliau menghidupkan demokrasi seperti yang dijanjikan. Memberikan hak rakyat dan membahagikan kekayaan negara secara betul. Menghidupkan negara yang tersusun dan berperaturan. Bebas dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Jika itu dapat dilakukan, Mesir yang terkenal dengan negara serabut dan tidak berperaturan itu akan dapat dibangunkan semula. Umat Islam sekian lama menderita kerana kegagalan pengurusan negara mereka. Masa untuk berubah dengan menyingkirkan setiap golongan yang korupsi dan penyokong pemikiran feudal dari masyarakat Muslim.

· Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis dan Felo Pusat Pengajian Islam Oxford
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers